Jual Lebih Banyak Melalui
Pelbagai Saluran

Jangan hadkan keupayaan anda menarik pelbagai jenis pelanggan

Sudah menggunakan EasyStore? Aktifkan saluran jualan

WhatsApp Order Form

Mengapa Anda Memerlukan Pelbagai Saluran Jualan

Oleh sebab pasaran e-dagang yang sangat kompetitif, pengguna mempunyai pelbagai pilihan membeli-belah di dalam talian. Cara yang paling berkesan dan dapat menyampai pengguna adalah dengan menggunakan pelbagai saluran penjualan.

Tonjolkan perniagaan anda di atas talian

Luaskan capaian pelanggan anda dengan mempromosi dan menjual di pelbagai saluran penjualan melalui EasyStore. Memperluaskan kewujudan perniagaan dalam talian anda akan menonjolkan anda lebih daripada pesaing kerana barangan anda tersedia dan mudah terlihat di tempat yang dilawati ramai.

Menjana pembelian berulang

EasyStore membolehkan anda membina hubungan dengan pelanggan dan menjana pembelian berulang. EasyStore juga membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan melalui e-mel, Messenger, atau WhatsApp. Pujuk mereka kembali dengan kredit penghargaan dan promosi.

Saluran Jualan di EasyStore

Kedai Online

Tonjolkan jenama anda kepada masyarakat digital. Templat kami yang mudah disesuaikan dapat mengubah idea anda menjadi kedai dalam talian dengan alamat web yang diingini. EasyStore menyokong berpuluh-puluh penyedia dan kaedah pembayaran serta menyediakan troli belanja pelbagai mata wang untuk pelanggan antarabangsa anda.

Ketahui lebih lanjut arrow

Facebook

Benarkan pelanggan membuat pembelian sendiri di Facebook. Hanya satu klik untuk membina Kedai Facebook anda melalui penyelarasan katalog produk dari EasyStore. Kemaskini perniagaan anda secara automatik dengan maklumat produk, inventori, dan pesanan yang lengkap di dalam dashboard EasyStore anda.

Ketahui lebih lanjut arrow

Facebook Live

Terima pesanan dengan serta-merta sewaktu anda membuat Facebook Live. Pelanggan anda akan menerima pautan pembelian melalui Messenger setelah mereka memberi komen di livestream anda. EasyStore akan mengumpulkan dan mengambil butiran pesanan di bahagian belakang. Setiap item yang dijual akan ditunjukkan di dalam inventori anda.

Ketahui lebih lanjut arrow

Messenger

EasyStore membantu meningkatkan jualan (sales conversion) di Messenger. EasyStore membolehkan anda membuat menu atau chatbot yang menyediakan pertanyaan tahap pertama automatik kepada pelanggan. Ini memudahkan proses keputusan pembelian mereka. Mereka boleh menerima pengesahan pesanan melalui e-mel dan Messenger.

Ketahui lebih lanjut arrow

Instagram

Tunjukkan barangan anda kepada pembeli dari Instagram yang mencari produk serupa. EasyStore Facebook Marketing membantu mempercepatkan proses pengaktifan Instagram Shopping. Tandakan produk anda untuk mencipta post dan cerita senang beli. Bagaimana untuk mempercepatkan proses pengesahan yang begitu panjang? Gunakan Kedai Bio kami untuk membuat kedai Instagram yang serupa.

Ketahui lebih lanjut arrow

WhatsApp

Tukar perbualan di WhatsApp anda menjadi jualan. Borang Pesanan WhatsApp EasyStore membantu mengumpulkan pembayaran dan maklumat pelanggan. Ia adalah borang selamat yang memaparkan nama, harga, dan foto produk anda. Paparan WhatsApp yang biasa dilihat pelanggan akan mendorong mereka untuk segera membeli.

Ketahui lebih lanjut arrow

LINE

Ikuti jualan (sales conversion) anda dari ruang sembangan LINE. Gunakan LINE Order Form untuk menunjukkan barangan anda kepada pelanggan. Borang pesanan LINE EasyStore adalah borang pesanan yang selamat digunakan. Ia menunjukkan nama, harga, dan foto produk anda terus, memotong prosedur pembelian memakan masa yang perlu mengunjungi laman yang berasingan.

WeChat

Tarik lebih ramai pelanggan dengan WeChat. Kongsikan Borang Pesanan EasyStore WeChat anda untuk mendorong pelanggan membeli dengan segera. Terdapat paparan nama, harga, dan foto untuk membolehkan mereka melihat dan membeli tanpa meninggalkan WeChat.

Ketahui lebih lanjut arrow

Shopee

Anda boleh menjual lebih banyak daripada Shopee di beberapa saluran penjualan. Kami menyediakan pengurusan pesanan, produk, dan inventori berpusat untuk Shopee dan saluran penjualan lain. Anda boleh menetapkan harga jualan yang berbeza untuk Shopee. Gunakan arahan bulk action untuk memenuhi pesanan dan mencetak Airway Bill.

Ketahui lebih lanjut arrow

Lazada

Anda boleh menjual lebih banyak daripada Lazada di pelbagai saluran penjualan. EasyStore menyokong penyelarasan produk dan penyesuaian mengikut harga jualan berbeza di Lazada. Kami memusatkan pengurusan pesanan, produk, dan inventori anda untuk Lazada dan saluran penjualan yang lain. Anda dapat memenuhi pesanan secara besar-besaran dan mencetak Airway Bill.

Ketahui lebih lanjut arrow

Google Shopping

Capai bakal pelanggan yang mungkin melawat pesaing anda. Google Shopping di EasyStore dibina untuk mempercepatkan proses penyediaan iklan Google anda. Hanya satu klik untuk melaraskan katalog produk anda dengan Google Merchant Center, dan tidak perlu dilakukan berasingan. Anda boleh menjejaki status kelulusan produk anda di EasyStore pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut arrow

Point of Sales

Membolehkan perniagaan anda menerima pesanan di mana sahaja dengan EasyStore POS. Ini adalah aplikasi mudah alih yang merekod data pelanggan, perincian pesanan, dan inventori di semua saluran penjualan. Anda boleh mencari produk dengan mudah dengan mengimbas kod bar dan mencetak resit

Ketahui lebih lanjut arrow

Program Rujukan

Galakkan pelanggan mempromosikan produk anda melalui insentif rujukan dalam EasyStore. Anda boleh tetapkan tahap komisen berbeza untuk kumpulan rujukan berbeza dengan memberikan mereka wang tunai, kod kupon, atau kredit kedai. Jejaki secara automatik setiap penjualan yang datang dari rujukan anda di dashboard EasyStore pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut arrow
Akan datang

Portal Borong

Benarkan pelanggan anda membuat pesanan besar. EasyStore Portal Borong adalah portal kata laluan yang hanya dapat dibuka oleh pelanggan jemputan. Anda boleh membuat penyesuaian senarai harga yang berbeza untuk disesuaikan dengan kumpulan pelanggan yang berbeza.

Ketahui lebih lanjut arrow

Bagaimana Ia Berfungsi

Hubungkan perniagaan anda dengan mana-mana saluran penjualan di EasyStore untuk memanfaatkan pengurusan produk, pesanan, dan inventori automatik untuk pelbagai saluran penjualan.

  • Penyelarasan Inventori

    Pengurusan inventori melalui pelbagai saluran penjualan adalah kerja yang mencabar. Kami menyelaraskan (sync) inventori anda di semua saluran penjualan, mengelakkan jualan berlebihan stok atau jualan kurang stok.

  • Kemaskini Maklumat Produk

    Mengemas kini butiran produk adalah kerja yang leceh. Di EasyStore, setiap perubahan yang telah dibuat pada produk anda akan diselaraskan di semua saluran penjualan anda, melalui sistem pusat pengurusan produk.

  • Mengumpul Maklumat Pelanggan

    Mengumpulkan maklumat pelanggan adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan anda. Kami membantu merakam maklumat dan tingkah laku pembelian pelanggan untuk anda dapat membina hubungan dengan pelanggan.

  • Kemaskini Status Pesanan

    Di EasyStore, anda boleh memproses pesanan anda secara langsung dari semua saluran penjualan anda melalui satu dashboard. Untuk memberikan pengalaman yang positif, pelanggan akan diberitahu setiap kali status pesanan bertukar.

  • Laporan Semua Saluran Jualan

    Prestasi perniagaan secara keseluruhan memperuntukkan bajet anda dengan lebih baik. Laporan mudah dari EasyStore memaparkan saluran pendapatan tertinggi dan tingkah laku pelanggan untuk mengatur kempen pemasaran semula (retargeting marketing) anda.


EasyStore | MPH EasyStore | GSC EasyStore | jobbie EasyStore | LANGIT EasyStore | Adabi EasyStore | TONYMOLY EasyStore | Secret Recipe EasyStore | Olive Tree Hotel EasyStore | DRAGON-I EasyStore | kapten-batik EasyStore | PLAY UP EasyStore | MARQ EasyStore | claire EasyStore | FLY BY FLY EasyStore | COCOLAB EasyStore | The Store EasyStore | Madam Kwan EasyStore | MAKE UP FOR EVER


Bekerja dengan EasyStore membolehkan perniagaan dalam talian kami berinovasi dan berkembang sejak hari pertama. Kami membina laman web penjenamaan kami, pada masa yang sama mengembangkan saluran penjualan kami kepada WhatsApp, Facebook, Instagram. Shafiqah Shafie dan Iylia Fahmi - Pengasas Pinkboxcereal

Jual Lebih Banyak Melalui
Pelbagai Saluran


Sudah menggunakan EasyStore? Aktifkan saluran jualan

FoodBank digital | EasyStore
Facebook icon Google+ icon LinkedIn icon Twitter icon YouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weight icon-wholesale